Wednesday, 20 June 2012

心里闷得快爆炸!!!!
各方面都不平衡,不平衡。。。。
谁可以打救我?????
想哭!!

Tuesday, 5 June 2012

今天天气酷热无比
心情也跟着烦躁起来
桌上摊开的书本
开了又关
关了又关
完全输不进脑
彷徨,无助。。。。

Sunday, 27 November 2011

Muzik-Alat Perkusi

Cara Memegang dan Teknik Memainkan Alat Perkusi

Kemahiran Memainkan Alat Perkusi
Dalam permainan alat perkusi, murid-murid diberikan peluang belajar membaca skor perkusi yang terancang. Mereka belajar :
  • Menunggu giliran mengikut skor.
  • Menyebut menepuk dan mengetuk bersama-sama.
  • Memainkan alat dan berhenti mengikut arahan.
  • Mula dan berhenti bersama-sama mengikut skor muzik.
  • Merasai situasi bermain seperti sebuah orkestra yang penuh dengan peraturan dan disiplin.
Cara yang betul untuk memegang dan memainkan alat-alat perkusi adalah penting bagi menghasilkan bunyi yang estetik. Murid perlu dilatih mengamalkan teknik memainkan alat-alat perkusi yang betul.

Kerincing
Rupa bentuk Kerincing lazimnya diperbuat daripada besi dan berbentuk segitiga. Pemegangnya merupakan seutas tali pendek yang diikat pada bucunya. Kerincing mempunyai sebatang besi pengetuk. Apabila diketuk, ia menghasilkan bunyi lanjut yang nyaring.
  1. Pegang tali kerincing pada talinya sebelah tangan dan pemukulnya di tangan yang sebelah lagi. Pastikan tangan yang memegang tali kerincing tidak menyentuh kerincing.
  2. Kerincing boleh dimainkan dengan cara mengetuk pada lingkaran segitiganya dengan pengetuk kerincing. Ketukan boleh dilakukan juga di sebelah luar kerincing atau dalam kerincing.


    Cara memain Dram bes

    Dram bes menggunakan “stand” atau digantung dan disandarkan pada bahagian perut pemain. Ia menggunakan pemukul khas. Paluan bahagian tengah muka dram pad kiri dan kanan. Dram juga boleh dipalu dengan menggunakan sebelah tangan sahaja


    Cara memegang dan memain loceng
    Rupa bentuk Loceng merupakan segugusan loceng kecil yang dipasang pada bingkai. Bingkai berbentuk gelung diperbuat daripada plastik dan loceng-loceng logam kecil diikatkan pada bingkai tersebut. Loceng-loceng ini akan menghasilkan bunyi yang halus dan nyaring apabila digoncang. 

    Cara memegang dan memainkan loceng : 

    1. Masukkan empat jari ke dalam gelong loceng dan genggam bahagian yang tidak berloceng. Loceng menghasilkan bunyi apabila ia digoncang.
    2. Genggam pemegang loceng dengan tangan kiri @ kanan. Kemudian ketuk pergelangan tangan kiri dengan tangan kanan yang menggenggam loceng.


    Cara memegang dan memain kayu Tik-tok
    Rupa bentuk Tik-tok lazimnya diperbuat daripada kayu. Ia mempunyai pemegang dan sebatang pengetuk. Tik-tok menghasilkan bunyi yang tidak lanjut. Bunyi yang dihasilkan daripada bahagian kanan tik-tok tidak sama dengan bunyi daripada bahagian kiri.
    Cara memegang dan memainkan tik-tok 
    1. Pegang tik-tok dengan tangan kiri dan pengetuknya dengan tangan kanan.
    2. Ketuk tik-tok pada bahagian kiri dan kanannya secara bergilir-gilir

    Cara memain Tamborin
             
    Tamborin merupakan sebuah gelung yang lazimnya diperbuat daripada kayu atau plastik. Di sekelilingnya terdapat ceper-ceper besi kecil yang menghasilkan bunyi apabila digoncang. Terdapat dua jenis tamborin iaitu tamborin berkulit dan tamborin tanpa kulit.

    Lazimnya tamborin dimainkan dengan dua cara iaitu:
    1. Pegang tamborin dengan tangan kanan dan goyangkan ke kiri dan ke kanan.
    2. Pegang tamborin dengan tangan kiri @ kanan. Ketuk tepi tamborin atau kulit tamborin dengan hujung jari tangan kanan @ kiri.







Monday, 17 October 2011

Pendidkan Moral.

Kelas saya telah menjalankan satu aktiviti yang bertema" pakaian traditional" dalam subjek moral. Murid-murid telah dibekalkan suratkhabar,gunting dan pelekat.Murid telah dibahagikan kepada enam kumpulan.
Ahli kumpulan akan berbincang untuk mereka jenis pakaian yang hendak disampaikan.Murid diberi masa 20 minit untuk menyiapkan kerja ini. Murid kelihatan begitu gembira dalam memjalani aktiviti dalam kelas. Semua ahli kumpulan telah mengambil bahagian dalam aktiviti ini.Suasana begitu mesra pada waktu itu.



Salah sebuah kumpulan sedang bekerjasama untuk menghasilkan kerja mereka.

Murid Tan Li Zhang dihiaskan dengan pakaian hasilan kumpulan mereka.



Jeremy Hotat Zhen yang menjadi model bagi kumpulan mereka.Mereka begitu kreatif untuk memakaikan pakaian ini pada badan Ho.





Adrian menjadi wakil kumpulan dalam persembahan pakaian ini.Senyumannya begitu cantik....


Tan Hong Bin sudah bersedia untuk membuat pembentangan tentang hasilan kumpulan mereka.



Ketua kumpulan menemani modelnya(Ooi Jing Wen)untuk memberi penerangan tentang hasilan mereka.




Enam hasilan daripada kelas 6K....



Begitu cantik "baju" yang disediakan oleh anak murid saya.




Ahli kumpulan bekerjasama menghasilkan pakaian mereka.



Jenny Tan yang sibuk membuat persiapan mereka.

pendidikan bahasa Inggeris


 Murid(Tan Han Sen), 6k menyertai Pertandingan Berceita Bahasa Inggeris dan mendapat tempat ketiga daerah Sepang 2011